Terma dan Syarat
These terms are published in Bahasa Melayu, which is the governing version. In summary: each e-book is licensed for personal and family use only and may not be shared or resold; downloaded PDFs carry the buyer’s name; all sales are final except for faulty files or double charges reported within 7 days.
The Warm Touch Hub (No. Pendaftaran SSM: TR0347979-M). Dikemas kini: 29 Oktober 2026.
1. Hak Cipta dan Lesen Penggunaan
Semua e-buku, ilustrasi, teks, reka bentuk dan bahan di laman ini ialah hak cipta milik The Warm Touch Hub dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia). Hak cipta terpelihara.
Apabila anda membeli e-buku, anda menerima lesen peribadi, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk:
- membaca e-buku pada peranti milik anda atau ahli isi rumah anda;
- mencetak salinan lembaran aktiviti untuk kegunaan anak-anak sendiri atau murid di dalam kelas yang anda ajar.
Anda tidak dibenarkan:
- menjual semula, berkongsi, memuat naik atau mengedar fail e-buku (termasuk melalui WhatsApp, Telegram, Google Drive atau media sosial);
- menyalin, mengubah suai atau menuntut hak milik ke atas kandungan;
- menggunakan kandungan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis.
Setiap fail PDF yang dimuat turun ditandakan dengan tera air (watermark) yang mengandungi nama, e-mel dan nombor pesanan pembeli. Setiap pembelian direkodkan bersama nama, e-mel dan log muat turun pembeli. Pelanggaran hak cipta boleh menyebabkan pautan muat turun dibatalkan dan tindakan undang-undang diambil.
2. Pesanan dan Pembayaran
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM).
- Pesanan akan disahkan selepas pembayaran diterima dan disemak oleh pihak kami.
- Sila gunakan nombor pesanan sebagai rujukan semasa membuat pembayaran.
3. Penghantaran Digital
- E-buku dihantar sebagai fail digital (PDF/EPUB) melalui pautan muat turun peribadi di halaman pesanan anda.
- Pautan sah selama 30 hari dari tarikh pembayaran disahkan, dengan had lima kali muat turun bagi setiap e-buku.
- Tiada barangan fizikal akan dihantar.
4. Hadiah, Pembaca dalam Pelayar dan Akaun
- E-buku yang dihadiahkan dilesenkan kepada penerima hadiah. Fail yang dimuat turun melalui pautan hadiah ditandakan dengan nama dan e-mel penerima.
- E-buku PDF boleh dibaca terus dalam pelayar. Paparan ini tertakluk kepada lesen yang sama dan tidak dikira dalam had muat turun.
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan akaun dan pautan pesanan anda.
- E-buku percuma yang diberikan sebagai hadiah pendaftaran e-mel tertakluk kepada lesen penggunaan yang sama dan terhad kepada satu bagi setiap alamat e-mel.
5. Bayaran Balik
Oleh sebab produk digital boleh disalin dengan serta-merta, semua jualan adalah muktamad. Walau bagaimanapun, kami akan menggantikan fail atau memulangkan bayaran jika:
- fail rosak atau tidak boleh dibuka dan kami tidak dapat menyelesaikannya;
- anda dikenakan caj dua kali bagi pesanan yang sama.
Hubungi kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian.
6. Had Liabiliti
Kandungan disediakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Ibu bapa digalakkan memantau anak-anak semasa menggunakan peranti digital.
7. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.